Sebelum mula baca.. jom join bloglist VIP aku..
Dalam setiap sesuatu perhubungan, pasti terdapat pasang surutnya terutama hubungan cinta. Kadang-kadang, punca pergaduhan tu kecik je. Bergaduh pasal semut. tapi melarat sampai berpisah.
boy : sayang, semut ni jantan tau..
girl : eh, semut ni betina lah,
boy : jantan lah!
girl : betina!
Bergaduh dan kemudian berpisah.
Jom tengok kesilapan yang korang patut elakkan semasa berlakunya pergaduhan atau salah faham. Semua yang dinyatakan adalah dari pengalaman dan pemerhatian saya. tiada kena mengena dengan maklumat dari sumber lain. *skema sungguh ayat*
1. Tinggikan suara.
Bila dalam keadaan marah, suara yang keluar selalunya tinggi.. Lebih tinggi dari si dia bagi menunjukkan kita yang betul, dia yang salah! Tapi jangan lupa, si dia juga akan meninggikan suara untuk lawan suara kita. Akibatnya, korang akan hilang suara.. hahaha..
Kawal nada suara tu semasa bergaduh.
2. Memaki
Biasanya, lelaki akan lebih mudah memaki pasangannya apabila terasa egonya tercabar. Bila si awek tak nak mengalah dalam pergaduhan, lelaki akan jadi makin baran dan terkeluarlah ayat-ayat yang menyentap hati pasangan. Selalunya lelaki tak perasan pun dia dah memaki.. hehe..
Jadi, jangan memaki sebab kata-kata lagi bisa dan susah untuk dilupakan.
3. Menggunakan bahasa kasar.
"mama, mama rindu kat papa tak? " *ok, sila muntah*
tapi bila dah gaduh, "lu dah kenapa? guwa mana ada tipu lu la s***!"
Peh, terus dah tukar dari papa jadi guwa. Elakkan ya benda ni, sebab macam tambah minyak dalam api. Patutnya macam ni. "syg dah kenapa? abg mana ada tipu syg la!"
haa..tengok perbezaannya.. Lembut hati pasangan tu nanti.
4. Terus bertekak sehingga ada pemenangnya.
Bila korang dah mula bertekak dan keadaan jadi makin parah, salah seorang perlu berhenti. Kalau masing-masing nak menang, pergaduhan tu takkan berhenti, tapi jadi makin teruk. Berhenti sekejap dari bertekak dan pergi buat benda lain dulu. Bila dua-dua dah bertenang. Selesaikan masalah tu. cubalah, pasti berbeza hasilnya.
5. Minta berpisah.
" Dah lah, aku malas nak bergaduh dengan kau. Kita putus aje!"
Ini memang selalu terjadi, biasanya si awek yang akan luahkan dengan harapan si lelaki akan pujuk. Tapi, lelaki pun dalam keadaan marah, logik ke si lelaki akan pujuk?
sebaliknya dia akan kata.
" Nak putus? Blah lah kau, aku pun tak hingin kat kau!"
Sepatutnya,tanamkan dalam diri tu, jangan sesekali sebut perkataan putus tu bila gaduh, nanti korang jugak yang menyesal.
Kesimpulan, sesiapa yang tak mampu menjaga dan mengawal marahnya sendiri, tak kan mampu untuk menjaga hati orang lain.
p/s: abg ben buat segmen 'KENAPA AKU PATUT LETAK BLOG ANDA DALAM BLOG LIST DI BLOG INI?' Korang mesti dah join kan, aku tak join.. sebab rasa belum layak lagi nak join.. hahaha..
28 KOMEN BERKOTAK BULAT:
wah2..mmg gaduh nie..
p/s: amikla kucing tu..aik..anak2 dia ada..heheh..
blh poskan tak kucing tu.. heheh :P
hahhahaa. tinggikan suara tu sndart lah. dh kata gaduh, ada ke org gaduh lembut2. ehehhee. tp mmg patut di elakkan sbb boleh buat gaduh tu jd lagi besar. hehee
apa kejadah bergaduh pasal semut...haha....
p/s: bergaduh amalan mulia XD
HAHAHAHA.. emmm, lepas buat tu msti rasa nyesal.. huhu
kalau suara x tinggi maknanya tak gado tu. huhu
@EYFAalias memang la adat bila gaduh.. tp lau dua2 suara makin tinggi..tu yg jd serak suaranya.. hahhaa
@Aisyah Aina hahaha..tu contoh.. memg biasa gaduh pasl benda kecik je..
@Amira Chan tol2.. xmo gaduh pastu mnyesal tau
selalu bergaduh tapi bisik2 sahaja...hehe
aaa...bergaduh stail gini hancur lebur alamatnya perhubungan yang dibina heheh..padam muka la sapa tak rendahkan ego heheh
@Khairil heheh..gaduh kena maintain suara rendah.. :P
@Syuxer sia-sia je lau pasl bnda kecik leh berpisah sb ego.
ermmm...penah juga gaduh..bermaafan tapi tak bolehlah nak kawan macam dulu
@blackroses bila da bergaduh teruk..memg susah la nak kembali mcm dlu,,sb tu la kena kwl marh tu.
eyaah ! eyaah! *hempuk kucing tu..heheh
btul2 cik kotak...bile gaduh...macam2 terserlah...
Qaseh selalu dpt boyfie yg panas baran...sala ckit je dh melenting...kalah Qaseh...
konklusinye,,sama2 la kene jage hati sama2...hehehee
Qaseh Qhaleef: betul..dpt bf yg jenis baran je..asyik kita je la yg mkn hati..
haha..bule la klo nk ikut tips ko neh..tp ukan tok aku lar, i'm single meyh~
ala, kamu lambat post la topik ni. kita dah clash dah pom, kalo tak mungkin boleh praktikkan. hihi. Mungkin jodoh tak panjang an. sob sob sob
@lini hasnan eh..xpe.. lepas ni bila bercinta lagi.. boleh praktikkan.. :)
satu je kene.. tinggi suare.. xley nk elak.. sbb sore ambo mmg tinggi.. huhuhu
@kokser kokdam hehehe.. lau suara da memg tinggi, tak pat nak buat ape la.. :P
memang susah la nak berbaik kalau gaduh macam ni .
miss.Addin: betul..kalau berbaik pun..msti xsame mcm dulu..sb tu kena kawal mrh tu
hahaha.. memang ade benarnya.. :)
mira stuju sgt2 entri ni sbb slalu jd... hue~
tq info
@She's Gee ambil dari pengalamn
emm..memg selalu mcm ni pun.. tengok sekeliling..semua mcm ni
Post a Comment