Cinta facebook yang tak kesampaian

Assalamualaikum..
Ada satu kisah yang ingin aku kongsikan bersama korang..

Nama aku hani *bukan nama sebenar* dan umur aku 23 tahun. Aku seorang yang ceria dan mudah bergaul, tapi aku pulak..tak pernah bercinta walaupun umur aku dah 23 tahun! Ramai yang nak mengorat aku di facebook..tapi aku malas nak layan. Aku jadi rendah diri bila berhadapan dengan lelaki, malahan di dalam facebook aku banyak letak gambar aku dari muka sampai dada je, tu pun di ambil gambar dari atas..hahah..*nampak kurus la*

Satu hari dalam hidup aku, aku berkenalan seseorang di dalam facebook. dia add aku dan aku approve lalu terus saja aku tanya dia siapa dia? Dia kata namanya Amir, dia tak kenal aku dan sekadar cuba menghulur salam persahabatan. Aku terima dengan ikhlas, kami berkawan di facebook dan kemudian beralih ke Yahoo! messenger.. Semakin lama aku rasakan aku selesa berkawan dengannya dan dia kata dia pun selesa berkawan dengan aku.
Selepas lebih dua bulan berkawan, dia mula berani mintak nombor telefon aku. Bagaikan terpukau, laju saja aku berikan nombor telefon aku. Selama aku berkawan dengan amir.. aku rasakan dia laki yang baik, tutur katanya lembut saja.. Dia selalu telefon aku bila dia lapang hingga aku rasakan hati aku dah pun terpaut pada dia! Hari-hari aku jadi makin berseri dengan kehadiran dia, aku benar-benar berharap aku tidak bertepuk sebelah tangan. Sejak aku kenal dia, aku suka sangat lagu cinta muka buku!.Suatu malam itu, dia sms aku..

" hani, dah lama kita berkawan.. Boleh kita berjumpa?"


Soalan dia benar-benar buat aku tersentap. Sesungguhnya selama ini aku lupa bagaimana diri aku, mampu ke dia terima diri aku ni, dengan berani dalam takut aku tanya dia.

" Saya tak kisah untuk berjumpa, tapi saya tak cantik.. gemuk pulak tu.. saya takut awak tak nak berkawan dengan saya lagi nanti."
Berdebar-debar aku menunggu jawapannya.

" Sebenarnya saya dah lama jatuh cinta pada awak, sejak kita kenal.. Saya tak kisah macam mana rupa awak sebab saya dah sayangkan awak sejak pertama kali saya add awak!"


Aku rasa berada di awangan bila baca sms tu. Akhirnya dia berjaya meyakinkan aku untuk berjumpa. Kami berjanji untuk berjumpa esok memandangkan kami tinggal berdekatan saja.
Esoknya, habis aku selongkar almari, mencari baju yang tercantik untuk dipakai, aku bersiap secantik-cantiknya semata-mata untuk berjumpa dia. Kami berjanji untuk di tepi pantai, di situ suasana romantik katanya..

Bila sampai masanya, aku menunggu dia di tepi pantai seperti mana yang kami janjikan, bagaikan nak tercabut  jantung aku menunggu dia.
"Boleh ke dia terima aku? Ah! dia dah kata dia tak kisah aku gemuk." 
Sedang aku termenung, terdengar nama aku dipanggil dari belakang. Aku toleh ke arah dia, terpaku aku bila melihat dia! hensem sangat-sangat! macam farid kamil ok!



Tapi aku tengok dia seolah-olah terpaku tengok aku, cantik sangat ke aku? hahaha.. *perasan*
dia datang menghampiri aku dan cakap..
"Kenapa gambar awak kat facebook tak nampak gemuk mcam ni pun? gambar awak dalam tu tak ada pun jerawat.. awak tipu saya?"
" Err.. Saya edit guna photoshop gambar dalam facebook tu" Jawab aku tergagap-gagap.
"emmm..Ok.. jom kita pergi makan, saya dah lapar." 
Layanan dia memang baik masa kitaorang keluar hati itu.. tapi itu kali terakhir kami berjumpa dan dia dah tukar nombor telefon.. sebab dia kata dia macam tertipu dengan aku, gambar kat facebook jauh beza.. benci la kat photoshop.. eemmm... *photoshop pulak disalahkan*

Kesimpulan, bersyukur lah rupa fizikal kita ni.. jangan rendah diri kalau kita tak cantik... tapi moral sebenar.. tak payah lah nak edit gambar korang melampau sangat.
Banyak dah aku jumpa kawan-kawan aku gambar kat fb punya lah Daboom! Edit kasik putih..kasi nampak kurus.. muka bulat kasi nampak kotak..tapi kenyataannya biasa aja~

p/s : jalan cerita tiada kena mengena dengan sesiapa...sekadar hiburan..

25 KOMEN BERKOTAK BULAT:

Fadzlin Basir said...

hahhahahaa..serius suke entry nehh..
xpayah lah nak edit2 sgt gambar tuh..kecantikan sbnar dtg dari dri kite sndri =)

izyan yasmin said...

Ohho , tapi tapi , if suka , tak pyhla memilih rupa sgt kann .

kotak bulat said...

@izyan yasmin dari mata turun ke hati.. laki tu sukakn dia sebb rupa yg kt facebook tu,. berbulan2 rupa tu yg terbyg..pas jumpa..tak sme..sentap laki tu..hehhe

Unknown said...

hehe..bez entry neh..seb baik cam farid kamil! klo Aaron Aziz??

mse bce yg ats tu trse nk bcinte tp tang bwh plak wat aku rse plak..haha..

zarul farhana said...

kecian nya...laki slalu cm tue..nk cntik2 ja...

Anonymous said...

demand lak mcm ler hensem...

patut balas mcm tu

Firdaus Life said...

hehe menarik entri ni. tatau nak hepi atau sedih bile baca ni

myzziema said...

hahah terbaik! tak payah lah nak edit gambar sangat. edit kasi nampak ada seni takpe lah. ni habis muka semua bukan main putih lagi. hakikatnya tak. dulu ziema suka edit gambar guna effect glow. haha.

Diari Anak Perantau said...

he3..nice..^^

syuxer said...

jadila diri sendiri..ada hikmahnya tuh..:)..bertuahla sapa dapat laki cam tuh..

Unknown said...

HEHE. nice story. TERASA SKT. hahaha. tapi bab yang edit melampau tu tak lah. sebab xreti pn edit2 gmbr ni. ahhahha.

kokser kokdam said...

potosop menyedihkan..!!

boikot!!

hahaha

HaNa Hani said...

mesti laki tuh tersentap aiiihhh
^_^
betoi2...xpayah nak pretend edit sane sini
just be urself aite?

kotak bulat said...

@Syuxer bertuah ke? ehehhe

kotak bulat said...

@kokser kokdam hahaha... jgan lah sampai boikot.. best guna photoshop ni

kotak bulat said...

@HaNa Hani yup..xyah lah smpai edit muka nmpak putih melampau smpai tak nmpak idung da...

EiZaRaZiErYa said...

KB~ bestlah entry ni~ ehehe...
kesh betul2 ke maen2 ni..ehehe..
2 lah owg laki~ nk yg cntik je...tapi ye jgk lah...dy ase peah tertipu la 2~ huhu.... wink3 >_<

kotak bulat said...

@EiZaRaZiErYa hahha.. ni kesah separuh betul..separuh tipu..

Unknown said...

hihihi..lucu pulak kisah ni..tp tu lah lelaki,nak carik yg cantik2 ajer,sekali...padan muka dia..haha

p@kcikLie said...

tak ikhlas la tu..nk kawan biar betul2..ni la padahnya FB kalau salah guna...

kesian..dia.

kotak bulat said...

@Bui Idzra Ryn dia jtuh cnta sb gmbr pompuan tu kt fb..bila jumpa lain.. tu yg xpat terima tu

Anyyss Shuhaimi said...

entry ni best..hmm..yg penting ikhlas..

ku-cit said...

ntah2 ni pengalaman tuan tanah kot?? ehehe

kotak bulat said...

@ku-cit hahaha.. bukan lah..tak ada kene mngena dgn tuan tanah..

Anonymous said...

muehehe.. kejam kejam... =)

Post a Comment