Tamak bila Berniaga

Assalamualaikum
Aku tergerak hati nak mecerita tentang sesuatu.. yang aku rasakan memang sering aku jumpa dan sampai sekarang aku masih tak paham dengan situasi ni.

Aku suka makan putu bambu macam yang aku tulis dalam entri sini, jadi tiap-tiap hari jumaat aku akan pergi beli. Susah nak jumpa makanan ni kat sini. Harganya Rm2.00 untuk 6 kuih ni, Yang aku suka sangat sebab kuih ni agak besar, kelapa dan gula melakanya banyak..

Memang ramai orang beli, tak sampai 3jam dia bukak gerai tu, mesti dah habis! jadi aku memang selalu pergi beli awal kat pasar malam semata-mata nak beli kuih ni.
Tapi minggu lepas, aku tengok kuih ni ada 5 je.. Ish, pakcik ni terlupa nak masukkan lagi satu ke?
 kali ni aku makan, gula melaka tu macam sikit je kat tengah-tengah.. eh, kurang sedap la kalau tak manis.
Jadi hari tu aku pergi dan nampak papan harga dah bertukar.. Rm2.00 untuk 5 kuih, jadi minggu lepas bukan dia terlupa masuki tapi harga yang dah berubah! Aku tetap beli jugak sebab suka.. tapi aku tengok banyak lagi putu bambu sedangkan aku memang datang agak lewat haritu..

Bila makan kat rumah, aku kecewa gila! kuih ni sama macam yang aku makan minggu lepas, kurang kelapa dan gula merah, tapi harga dah naik,kenapa kualiti menurun..? aku dah tawar hati nak beli lagi..

Aku tak paham, kenapa nak naikkan harga? kenapa nak kurangkan kualiti walaupun harga dah naik?
nak untung cepat ke? banyak lagi kedai yang aku perasan, lagi-lagi kedai makan.. bila dah ramai suka dengan makanan kedai tu, mulalah naikkan harga.. lepas tu kualiti menurun..

Apa salahnya untung lambat sikit asalkan dapat pulangan modal? dari korang hilang pelanggan, modal pun tak balik..

35 KOMEN BERKOTAK BULAT:

aamalinaazman said...

huhuhu..
tula pasal..
kekadg tgk
owg berniaga ni..yg kaya makin kaya..
yang miskin makin miskin..huhu
sob3..T__T

Sarah Mnasir said...

biasa la owg mniaga cm2 r.. hrga nek kualiti kurang.. lau hrga nek brg cme ta pa puas ati.. na untung myk cm2 la..

Unknown said...

Actually, harga barang terlalu mahal. Kita sebagai peniaga tak boleh nak naikkan harga makanan terlalu mendadak sesuka hati walaupun semua harga barang semakin mahal.

Jalan penyelesaikan, kurangkan isi makanan and naikkan sedikit harga.

Ayah eyfa pn peniaga juga. So, eyfa tahu sikit2. Susah jadi peniaga ni. Kena jaga hati semua customer.

Air kosong 20sen pun customer bising kan? Padahal air kosong je.

Tapi cuba tempatkan korang kat tempat peniaga, Cuba fikir. Duit beli ais? Duit gas nak masak air? upah basuh gelas lagi? Upah kemas meja lagi. Semua tu kena fikir juga.

Btw, sorry. ini pendapat eyfa je. hehee. Salah silap harap maaf.

Unknown said...

mungkin di rasa dah maju ..tu yg boleh naikkan harga sesuka hati..aishhh

zeeLa-AtiE said...

hurm macam tu la orang berniaga..
kalo dah femes dah tak hingat si pembeli ni..
mcm jugak bloger femes..
biler dah terkenal.jejak kita pon tak layan you!!
hihi!

Wanie said...

sebab harga barang dah naik la KB..
besala nak untung lebih, kualiti pun dah kurang..
boikot je kedai tu..hehe

Anonymous said...

kite penah jugak.
beli ayam percik. dulu besar
skrg kemetot jek. sedih

K said...

betul, banyak kedai camtu.

mula-mula sedap, tapi bila dah naik harga minyak ke, naik harga makanan dan makin tak sedap.

Unknown said...

Kalau nak tau.. itu la cara org melayu meniaga.. bukan nak offence sape2 kat sini yek.. coolman selalu lihat perkara ni.. bila dah ramai org dtg.. mula la nak naik hrga.. diorg ni jenis peniaga takda ilmu..maaf cakp.. sekali lagi bukan nak offence sape2 just bagi pendapat..kalo naik harga pun tp kualiti still the best.. org takkan lari la.. mcm kat tempat chip ni.. di jual nasi kandar set.. maknanya mmg tak leh pilih banyak lauk sgt la.. dulu harga sebungkus..4.50.. tp sekarang dah naik RM5 lebih.. but kualiti terbaik.. sama macam mula2 dulu..coolman tgk.. tak kurang skit pun pelanggan dia.. still beratur panjang utk nak dapat kan nasi dia..

Ash said...

mmg rmi gak yg suka buat keje hina camni.. nak untung je.. seb baik la kedai nasi lemak singgit yg aku suka tu tak naikkan harga dan tak turunkan kualiti.. :P

Anak Wak Mail said...

betul2..elok2 ada pelanggan tetap,,terus xde pelanggan langsung nanti..=)

semutsengal said...

betul,

berniaga kena jujur baru customer suka..

ni mesti jenis nak untung banyak ni.

Norani Shuhada Blogspot said...

sedihkan bile membeli kan tempat2 yang xmmntingkan kualiti ni..sekarang ni ramai peniage yang suke fikir untung je :)

Azwa Mohamad said...

nampak sangat peniaga tu nak cepat untung, macam mana lah nanti bulan puasa... adess

SoLy SoLicious said...

nak untung express katekan~ hmmmmmm

Anif Abdullah| AA said...

ha,ah.. pernah gak terfikir macam tuh..Keuntungan je semata2 payahla ye tak..

Anif Abdullah| AA said...

ha,ah.. pernah gak terfikir macam tuh..Keuntungan je semata2 payahla ye tak..

cik pip said...

mungkin nak untung lebih kot..brg mahal kot..tapi putu bambu mmg sdap!

cik pip said...

tumpang lalu...
.
.
.
.
mcm mana KB buat scroll dekt mereka vip?xreti...:(

thanx

zarul farhana said...

biasa lah,,,nk untung ja...dh hijau la blog nie...

kotak bulat said...

harga brh bukan selalu naik.. dan org lain sume terkesan jugak dgn harga mhal. tp pendapat kb, org yg naikkan harga bila bargan dah laku. pe salh untung sikit dari trus xdpt pulangan modal pun sebb customer lari.

Unknown said...

patutnya kalau dia naik kan harga kuality biarla sama..kan??
ni tak harga naik tapi kualaiti ny e menurun.
tu la orang melayu kalau berniaga.
sebab tu boleh kat pasar malam je.

tia @ Ini Kisah Tia said...

lagi teruk macam tu bila pelanggan dah perasan kualiti sudah menurun . pelanggan lari woo . pelanggan dah tak percaya . ingat senang ke nak dapatkan balik kepercayaan orang ??

Ezad Skytech said...

sepatutnya kalau nak naikkan harga..kualiti tu kena la jaga..tak kisah la mahal sikit...tapi kalau sedap takpe...jangan nanti merungut bila pelanggan lari kalau harga mahal tapi kualiti kurang..

Unknown said...

hahaa banyaknya duit ko kb..ada jual depan masjid kt tempat bro..sedap ke? bro mcm nampak tak sedap je..kalau mahal harga..boikot je hahaaaa

p.shbr said...

betul2..setuju sesangat...time bulan ramadan lagi lah berleluasa perkara bergini..hehe...kualiti langsung x jaga..

NIK (bukan nama sebenar) said...

ee camne nak dptkan blog camni ;)
follow back dak bru ni http://mysyazwanie.blogspot.com hehe

Unknown said...

memang selalu jumap peniaga mcm ni..mula2 bisnes nk ambik hati pelanggan,kenalah buat bgs2..bila pelanggan dh suka,mula lah buat perangai..sebab tu kita tengok bisnes peniaga mcm ni cepat lingkup..

HanTu-ToMYam said...

dorang tak belajar strategy marketng kot...hehe

BubuBobot said...

entah, selalu jadi macam tu. duit orang asyik nak kebas aje, kualiti tak ada pun.

Anyyss Shuhaimi said...

agree..ble pelanggan makin ramai,jangan la pulak kualiti makanan menurun..lari pelanggan nanti

Nasz said...

orang berniaga yang jenis nampak keuntungan je. hilang customer bagi dorang takde pe kot? rugi je kalau customer lagi. tambahan loyal dan regular customer.

MOHD NASER.com

Unknown said...

saya cukup tak suka sikap peniaga yang mcm tu...sudahlah naikkan harga , kualiti pula di kurangkan...boikot aje lah...tak mati kalau tak makan putu buluh tu...

syuxer said...

adat meniaga camtuhla..kos nak beli bahan terlalu tinggi kot..

KB makan benda lainla,cam akok ke...:)

syuk memang akan jadi ultramanlah kalau sapa2 peniaga cam haram berniaga..

harga ikut abah dia,tpi kualiti ikut suka pemikiran dia, kononya tak elok manis2 sangat nanti kencing manis..hahahah suka hati atuk dia je kan heheh

Alif Haris said...

hahah .. tu la masalahnya manusia bila dah nampak duit ..
nk untung cpt je .. huhu ..
tak pk pnjang haih=,=

Post a Comment