Batman VS Mekanik

Assalamualaikum..
korang tahu tak batman pernah bertekak dengan mekanik? tak tahu? meh aku cerita...


Batman ni memang semua orang kenal sebab dia ni banyak tolong orang dan masuk tv kan.. Kiranya dia ni sangat-sangatlah popular. Bila dia dah popular dan kaya, dia jadi riak dan mula sombong! tak percaya? percayalah..

Suatu ari, kereta batman ni rosak, jadi dia pun hantar kereta dia untuk dibaiki kat bengkel kereta.
Sampai saja kat bengkel, dia tegur mekanik kat situ..

" Hoi mamat! repair kereta aku ni!" (batman pandai cakap bahasa melayu tau)
" Sekejap lagi sebab saya nak siapkan kereta ni, tunggu sekejap ye." Jawab mekanik tu dengan sopan.
" Wei, kau tahu tak aku siapa? aku batman tahu tak! cepat repair kereta aku ni!" batman pun menjerit-jerit kemarahan.

Mekanik ni terasa geram pulak bila batman kurang ajar dengan dia..
" Kenapa aku kena repair kereta kau dulu? tunggulah giliran, lepas siap kereta ni,aku repair kereta kau tu." mekanik tu tetap sabar sebab batman kan pelanggan dia.

" Aku batman tau tak! Kau kena dengar cakap aku sebab aku ni orang yang penting..aku yang selamatkan orang bila orang dalam kesusahan. Kau kena hormat aku sebab aku lebih hebat dari kau!" jawab batman dengan riak.

" yelah.. aku tengok kejap kereta kau ni." mekanik tu pun memeriksa kereta batman, malas dia nak bertekak dengan lelaki yang pakai baju ketat ni.
" Em..kereta kau ni kena tukar tayar, ada rekahan dan benjol kat permukaan dinding tayar ni, pancit pulak tu kat dinding (side wall) ni. kena tukar ni." kata mekanik sambil belek-belek tayar tu.
" Ha, tunggu apa lagi? tukar lah!"


Mekanik pun menyirap, sambil dia buat kerja, dia kata..
" Kerja kau selamatkan orang, tapi kerja aku selamatkan orang dan selamatkan kau.. sebab kalau aku buat kerja aku sambil lewa, mesti banyak kemalangan yang terjadi dan kau jugak mesti kemalangan teruk kalau aku tak tukar tayar kau ni. Bila kau dah kemalangan, macam mana kau nak selamatkan orang? kau dapat selamatkan orang bermula dari aku yang hanya kerja sebagai mekanik ni."
Batman jadi malu dan menutup mukanya dengan menggunakan kainnya yang sampai kat kaki tu.

Kesimpulan, jangan merendah-rendahkan pekerjaan orang lain walaupun pangkatnya jauh lebih rendah dari kita.!

tamat~

Dikesempatan ini jugak, aku ingin mengucapkan terima kasih pada zie yang promote aku dalam entri sini,  jugak pada zati yang promote aku jugak dalam entri sini, akhir sekali pada Izara sebab sebut pasal aku dalam entri INI .. mekasih tau korang..terharu gile aku!




p/s: janganlah korang membenci batman lepas ni..ini hanyalah rekaan semata-mata

27 KOMEN BERKOTAK BULAT:

Izzat Nazmi Saiful Bahri said...

batman yang kat dalam citer kat atas ni belum pernah kena hempuk kot...poyo je... haha~

saiazuan said...

msti la batman menang... bukan dia pndai repair kreta gk ke

http://eleventx.blogspot.com/2011/06/movie-review-transformers-dark-of-moon.html

Amiirah-Cassan said...

hahaha lawak pon ade entry ni KB , hihi

suha said...

motif smpai (^_^)


cik suha nk jadi froggywoman..leh?

Aisyah Aina said...

haha...padan muka batman...siapa suruh berlagak :D

syashafie said...

hahaha. cite lawak. tp ada moral yg sangat bernilai ! :)

muhamad hanif said...

tak sangka batman tu blagak jugak yaa..

iPai said...

tak kira ..benci batman juga ... tukar green latern pulak laa ..

btul tuh, kita kena hormat orang lain .. tak bek rendahkan martabat org lain ..

EiZaRaZiErYa said...

ahahaha..xabes2 lah kB nie dengan imaginasi die..huhu..pasal pr0mote2 tu..no biggie lah dear...wink3 >_<

fa said...

hehehe.. hebat KB olah cerita ni.. ^^

cucu umie said...

setiap pekerjaan ad kelebihan masing2..lagipon tidak semua orng pandai melkukan bnyk kerja..mcm kita juga.. so, pandai2lah menghargai pekerjaan orng lain

syira said...

cerita yang sgt memberi pengajaran
syira sgt setuju! muehehe..

sergeant keroro said...

hehe, nice!! :)

jangan pandang rendah kat orang, setiap orang ada peranan dia XD

aRa ❤ aFiq™ said...

ta da owg yg pngkt rendah ta da gak yg bpgkt tggi uh an.. =P

wah.. tgaru tol cik kb mpomote an ara g.. hehe..

Khairil said...

kalau saya jadi mekanik tu saya punggal dengan spanar hidup 25 inci kat kereta batman tu...baru padan muka saya hahaha

Fad said...

a'ah..kalo org sebut kita dlm blog, mmg suka giler kan..hehe

Lieyda said...

batman poyo. haha

Miscellaneous Smiles said...

pehh batman kejam..riak gilee..~~

Syuxer said...

marah batman nanti kalau dia baca neh ahahah..siap dia gi hantar geng burung kelawar dalam bilik KB nanti..;p

niena shopping2u said...

hehehe sy suka kluang man !!

http://www.my-shopping2u.com/2011/07/inilah-princess-katak.html

ini katak yg best

ArulchelseA said...

nasib pak cik minat kartun tranformers..tk penah rosak lg kereta2 diaorg ni..cuma kalau rosak mati trus..tk de btul2 kan dah..kih kih kh

Addin said...

haha batman pakai baju ketat .

*jangan nak berlagak sgt nanti malu diri sendiri :)

josrevalution said...

kb naseb baik entry bm kalo bi nahas kow oleh batman..hahaha...terbang dia tu p tmpat kow!!..

kotak bulat said...

hahaha..jgn sesiapa pun yg bagtau batman pasal entri ni...hahahaa

encikAPPLE said...

kelakar lah part 'malas nak bertekak dengan lelaki pakai baju ketat nieh'. HAHAHA. serius lawak. tapi cerita nie memang bagus :)

alif haris said...

waahh cerita tauladan nih :) hehe

moral of da story,, jgn pndang rendah pkerjaan orag lain .. :)

saya eqa ikram said...

btul2..mne ley rendah2 kan org.. keje dye ade kebaikan dalam care dye trsendiri ann..

Post a Comment