Apa perlu buat bila tak ada idea?

assalamualaikum...
selamat petang, hari ni terasa letih pulak.. banyak kerja perlu disiapkan harini..
akhirnya setelah dua bulan cuti, aku kembali lalui kehidupan sebagai pelajar yang boleh buat aku gila.
Tak habis satu tugasan, datang lagi tulisan lain.. sabar je lah kan...
Ok, cukup aku merungut.. sejak kebelakangan ni aku makin kurang idea untuk menaip entri, agaknya sebab aku banyak benda lain yang perlu diuruskan.
Korang mesti pernah rasa apa yang aku rasa, bersemangat nak menaip tapi tak tahu nak taip apa kan!

Korang nak tahu tak macam mana aku dapat idea pada waktu-waktu otak agak blurr ni?

1. Aku akan bersembang dengan kawan-kawan, disebabkan aku mudah berimiginasi jadi kadang-kadang dapat idea bila bersembang tu.

2. Tengok sekeliling
Aku tengok perabot sekeliling aku.. aku pandang lama-lama kerusi, meja, tikar dan apa saja yang ada kat rumah ni. Kenapa? sebab aku nak desak otak aku untuk imbas balik perkara-perkara yang pernah berlaku dengan menghantar imej perabot yang aku tengok kepada otak aku.. otak kita lebih mudah mentafsirkan gambar.. *pendapat, bukan fakta*

3. Aku akan buat entri pasal tak ada idea..contohnya macam entri ni la.. hehehe.. ni maknanya aku tengah tak ada idea lah ni

4. Kalau cara di atas tak membantu, aku cadangkan korang lalui hidup korang tu macam biasa je.. nanti bila idea baru lah menaip.. aku ni lainlah, kalau sehari tak menaip dalam ni.. aku rasa tak best je hidup ni..

sekian..
Pendapat di atas hanyalah mengikut pandangan aku. Ini entri tips? errr.. bukan kot.. ni entri tak ada idea.. hahaha..

p/s : makin lama aku makin sibuk.. korang?

34 KOMEN BERKOTAK BULAT:

SoLy SoLicious said...

bse la tuh...kalo sy kering idea pun mcm tu la jugak..teheeee

Ezad Skytech said...

haha...sama la kita KB..kalau da kekeringan idea ni tak tahu da nak taip pe da...nak kena perah lebih ni...tak keluar jugak la idea..cmner ni KB...heee~

tapi kalau sehari tak menaip mcm rasa ada yg kurang je kan...haha..

Azzah said...

tak ada idea,diam jer..baca entry orang.mana tahu dapat idea kat celah belog orang

Anonymous said...

kb mcm tau2 jer lella tgh mengalami simptom nih skrg . thanks yea . HEHEE :)

Gadis Kecil said...

rajin sungguh KB menaip yer...
dalam tengah takde idea pun siao jugak 1 entri kan. Hee ~

ainaa said...

HAHA. tak reti lah nak berimaginasi nieh. andd, sekarang tengah sangat-sangat lah malas. tatawu cane nak bendung perasaan malas nieh T.T

Unknown said...

masing-masing ad care masing2 kan..tpy ayie mcm gitu kalo sehari tak menaip..alamak.. bosan kot..

Unknown said...

susah2 cari idea nak tulis entri hahaa ikut segmen wkakakaa senang..d

Wanie said...

hahahaha..ni entry bile takde idea ye, tapi boleh siap satu entry, syabas dear :)

kalau wanie takde idea wanie buat macam no 2 tu kot..:D

Unknown said...

takder idea yer..apa kata kb tulis perkataan idea dekat kertas,lepas tu koyak halus2,letak dlm air,lepas tu minum,insyaallah idea akan dtg mencurah2...
*sila jgn percaya*..hahaha..*_*
perkara biasa tu kb..mayb sbb study dh mula kot..apa2 pun study smart yer..*_*

Anonymous said...

yer yer penah mengalami situasi mcm tu. idea sebenarnye ada tp tetiber otak jem..blurrr tapi skali dia maii bertalu2 nak masuk dah tatau mana satu nk cite dulu huhuhu

Yatt S. said...

samalah. makin lama makin sibuk. selagi bukak mata kerja kerja kerja. btw, bila takde idea saya buat bodoh je. nanti mesti idea datang. bila otak kita asyik kena kerah, dia jadi jammed. so baik buat tak tau. hahaha (-_-)"

Antara Keinginan Dan Yang Dah Tertulis
Hoodie Dress Is So Gorgeous !

ZIPPO MILLER said...

Zippo aritu dah siap nak Publish tapi rase mcm x best..delete balik..pastu senyap satu hari pergi keluar jalan2 haha..balik rumah baru leh menaip balik dan publish

syuxer said...

kalau takde idea pe kata KB sertai mana2 segmen..kot2 dapat good luck dapat hadiah kalau menang heheh

Fathiah Hamim said...

haha kadang2 tenung benda macam nak meletup je benda tuh. =D

myhatiku said...

mungkin kalo tgk burger boleh dtg idea kot..aha:D

KB sibuk bercinta neyh..keh:P

Aleen Aiden said...

alin punye tahap xde idea tu,sampai makin lame makin kontot en3 bile update.hu3 :P

Belog Sambal Belacan said...

kala tgk blog kite jer blh dtg tak idea tu???

Encik JI said...

my suggestion :-

open satu notepad.

time korg ada idea/mood, tulis kt notepad tu.

listkn sbnyk mungkin tjuk.

nnt bile2, leh r korg refer.

smgt berblog tu pnting. hehe

idea aku selalunya dtg dari hidup aku dan org skeliling.

dan xsuka update psal bnda yang orang dah update.

Anif Abdullah| AA said...

pernah gak blur2 ni..mmm,cuba KB tulis sebarang idea dalam buku (yg selalu depan mata).time borak2 or tgk tv,idea smpai trus tulis...bila nak tulis entry,kan dah ade idea terkumpul..hehe

Acik said...

kalu x derk idea, tido dulu. nanti boleh citer pasal mimpi ... heheeee

Unknown said...

kering idea..dia suruh rileks le tu...hehehe

Unknown said...

eyfa skrg blur xtau nk update apa. ehhee

AshaNazal said...

hahaha. penah gak jd mcm nih. xde idea nk bt entry. tgk2 bt entry psl xde idea plak.

harrazdani said...

kering idea takper KB...jangan kering poket....huhuhu

Unknown said...

da mmg sibuk pon..idea pon da tarak!

mohdhazlan Dreadlock said...

idea oh idea ..di mana kau ..huhu

saya pun xde idea ..huh

K said...

hehe, tengah xde idea. tu yang buat segmen :P

Addin said...

bila takda idea, dok merenung lantai je la :)

~iz~ said...

sama..iz pn kadang2 buntu..

Anak Wak Mail said...

kalau aku tak de idea,,aku tunggu sampai ada idea baru aku tulis..hehe..

samalh,,bz jgak sekarang..=)

BubuBobot said...

saya selalu kering idea tau kb. huuuu -.-'

tia @ Ini Kisah Tia said...

yah .. dah makin sibuk Tia ni jadik baby sitter . wuwuwuuuu ~

cikgu said...

kalau kering idea cf akan tido dan bila otak dahs egar baru idea akan dtg balik..perlukan rehat yg cukup..hehe

Post a Comment